Sunday 20 April 2014

Sekadar luahan

Pejam celik pejam celik cepat sangat masa berlalu kan , dah nak habis DIPLOMA IN ACCOUNTANCY , setelah selama 3 tahun perjuangkan untuk gred diploma ni . Macam macam keadaan , situasa , suasana , yang dah lalui selama 3 tahun ni . Ada perit , pahuit , duka , bahagia , gembira semua lah . Biasalah bila hidup dekat tempat orang kita tak boleh jangka benda baik buruk . Hari ni rasa macam nak luahkan semua dekat sini even dah terlalu lama tak update blog ni .

Dalam persahabatan ni banyak sangat yang mengajar aku erti macam macam . Mungkin selama ni ada benda yang aku betul , ada benda yang aku salah mentafsir dan menilai orang . Aku banyak kekurangan dan kurang dari segala hal , bukan kita untuk menilai seseorang itu sempurna atau tak ? Aku sedar aku tak sempurna di sisi Allah dan terlalu kerdil sebagai hamba Allah . Mungkin selama ni aku dah bnyak mengejar dunia dan tinggal segala yang sepatutnya aku kejar . Ya Allah terlalu hina aku di sisi kau Ya Allah , aku terlalu banyak berbuat dosa sampaikan aku leka deganMu . Aku dah banyak buat orang sekeliling aku susah Ya Allah ...



One happy family yang aku ada sekarang , tanpa mereka bukan siapa siap aku nak jejak kaki atas dunia Allah ni . Bersyukur sangat masih punya ayah dan mama yang tercinta ni . Mereka sangat memahami dan sentiasa beri tunjuk ajar . Dianugerahkan dua adik lelaki yang baik walaupun kekadang menyakitkan hati jugak . Hehe . Allah dah anugerahkan jantung jantung hati hamba yang baik . Bersyukur sangat atas segalanya :) Even mama , ayah , adik adik tak baca apa yang ditulis ni tapi biarlah ia sekadar luahan hati dari seorang kakak yang kurang sempurnanya . Love my family :*




Sepanjang diploma aku alhamdulillah aku diperkenalkan dengan semua kawan kawan yang baik baik . Mereka orang yang pertama aku kenal pada mula mula semester . Mungkin first time kenal malu malu tapi bila dah lama kenal tau baik buruk memasing . Mereka banyak tinggalkan kenangan dari semester 1 sampai 5 . Kenangan mungkin takkan aku lupa even benda tu dah lama . Mereka sangat memahami walaupun kekadang ada gaduhnya jugak . Mungkin aku dah banyak buat salah selama ni , aku mintak maaf dari hujung rambut hungga hujung kaki . Aku tak sempurna di mana mana , mungkin selama ni aku banyak pentingkan diri , ego , angkuh segalanya . Aku mintak maaf , aku rindu kita yang dulu dimana kita empat selalu sangat lepak putrajaya sama sama , selalu duduk borak luahkan masalah masing masing , selalu buat benda yang jarang orang lain buat , selalu nagis bila sorang nangis . Wahhhh serioussss aku rindu masa tu sangat sangat . Tapi mungkin sekarang ni memasing dah busy dan sibuk dengan hal masing masing so benda tu jadilah kenangan yang sangat TERINDAH even benda tu sebentar . *menitis air mata bila type benda macam ni :( . 

Hope korang semua bahagia selepas ni , capai cita cita yang korang nak tu . Jangan mudah putus asa , Allah tak suka orang yang mudah putus asa ni . Muahhhhhh :* Love the old of you guy .

No comments :

Post a Comment