Wednesday 30 December 2015

Jannah Akad .

Assalamualaikum .

Jannah and Qhaliqul 

Post kali ni nak ucapkan tahniah buat Jannah yang dah selamat mendirikan rumah tangga bersama insan tersayang (Qul).



First sekali, tahniah buat hampa berdua sebab dah selamat menjadi isteri yang sah . Walau banyak sangat dugaan hampa sepanjang perkenalan hampa ni tapi kalau Allah dah takdirkan untuk hampa bersatu jugak , lari sampai hujung dunia pon hampa akan jumpa jugak . Haha . Bak kata orang bergegar tulang rusuk .

Okay second , sapa yang tak happy kawan dia nak kawen kan . Aku happy sangat untuk hang walaupun aku tak dapat naik pelamin sekali dengan hang . Impian tinggal kenangan camtu lah . KahKah . Tapi aku sebak jugak sebab kawan yang selalu ada dengan aku kawen dulu pada aku , ingat aku lah yang nak naik pelamin dulu . Haha

Untuk Qul : Harap dapat jaga Jannah dengan sebaik mungkin , jaga manja , makan minum , potpet , shopping , semua lah yang kena kat dia . Haha bidadari yang jatuh ke pangkuan tu adalah anugerah Allah . Jaga sebaik mungkin selagi masih bernyawa.


Congrate both of u

Monday 7 September 2015

Abdul Basir Azmi

Assalamualaikum ...

Entry kali ni bukan nak sweet manis masam ke apa cuma saja nak tulis . Hehe . Orang kata kawan biar beribu kasih biar satu . Bagi aku kasih tu ibarat kawan tapi mungkin special sikit la kan 😁 

Tak kenal maka tak cinta , aiceh ayat gitu . Okay bukan nak menunjuk atau apa cuma nak cerita dalam blog aku . First time aku kenal kau memang dalam hati aku cakap tak layan punyalah kau ni . Haha . Tapi kau cuba cuba dan cubaaaaa 😜 kononnya bagi ayat manis la . Kahkah !


And now kita still contact . Malas nak cerita panjang . Terus short cut 😄

Aku harap kau la kawan , sahabat , teman , kekasih gitu . Kau duduk di tangga yang keempat paling aku sayang . Haha . Atas pada kau tak perlu tahu 😂


Takdir jodoh semua ketentuan Allah , kita hanya perlu merancang . Kalau kau jodoh aku alhamdulillah , Allah perkenan doa kita selama ni . Kalau kau bukan jodoh aku tapi kita still sebagai sahabat baik 😍

Terima kasih sebab sudi luangkan masa dan dengar masalah kanak kanak ribena ni 😘

Saturday 7 March 2015

Border Tea

Assalamualaikum,

Lama sangat tak update blog ni , setelah setahun agak terbiar macam tu ja. Dulu malas nak bercerita dalam blog ni, kononnya macam busy sangat la kan . Sampai lah aku kerja , aku terpengruh dengan kakak dalam office aku tu . Dia lah yang belek belek aku punya blog sampai la aku rasa tertarik nak update kononnya .

Okay bla bla bla ...

Dipendekkan cerita , dah lama aku dengar cerita pasai BORDER TEA ni . Ramai yang kata sedap la lemak manis semua lah , tak dapat nak tahan sangat pi beli dengan staff tempat kerja aku . Nah tengok gambar ni,


Haaa ni aku punya first try coffee, okay la rasa dia tapi tak menepati citarasa aku sebab tak berapa minat coffee . Haha dia ada 4 perisa teh, green tea, coffee , coklat. 
Punya la besar dia punya cawan sampai boleh share satu family, puas hati kalau beli.

Mulut asyik terasa nak rasa green tea ja, esok tu staff perempuan nak order lagi . Apa lagi ambil l peluang nak rasa green tea. Serious yang memang sedap la weh . 

Nah nak belanja gambar sikit .


Green tea , sedap sangat . 


Orang tunggu nak beli air border tea ni . Serious pelik tapi benar . Haaa ayat , mungkin orang puas hati sebab dia murah sama .



Okay ni lah staff office aku tu . Kihkih

Okay assalam :)


Sunday 20 April 2014

Sekadar luahan

Pejam celik pejam celik cepat sangat masa berlalu kan , dah nak habis DIPLOMA IN ACCOUNTANCY , setelah selama 3 tahun perjuangkan untuk gred diploma ni . Macam macam keadaan , situasa , suasana , yang dah lalui selama 3 tahun ni . Ada perit , pahuit , duka , bahagia , gembira semua lah . Biasalah bila hidup dekat tempat orang kita tak boleh jangka benda baik buruk . Hari ni rasa macam nak luahkan semua dekat sini even dah terlalu lama tak update blog ni .

Dalam persahabatan ni banyak sangat yang mengajar aku erti macam macam . Mungkin selama ni ada benda yang aku betul , ada benda yang aku salah mentafsir dan menilai orang . Aku banyak kekurangan dan kurang dari segala hal , bukan kita untuk menilai seseorang itu sempurna atau tak ? Aku sedar aku tak sempurna di sisi Allah dan terlalu kerdil sebagai hamba Allah . Mungkin selama ni aku dah bnyak mengejar dunia dan tinggal segala yang sepatutnya aku kejar . Ya Allah terlalu hina aku di sisi kau Ya Allah , aku terlalu banyak berbuat dosa sampaikan aku leka deganMu . Aku dah banyak buat orang sekeliling aku susah Ya Allah ...



One happy family yang aku ada sekarang , tanpa mereka bukan siapa siap aku nak jejak kaki atas dunia Allah ni . Bersyukur sangat masih punya ayah dan mama yang tercinta ni . Mereka sangat memahami dan sentiasa beri tunjuk ajar . Dianugerahkan dua adik lelaki yang baik walaupun kekadang menyakitkan hati jugak . Hehe . Allah dah anugerahkan jantung jantung hati hamba yang baik . Bersyukur sangat atas segalanya :) Even mama , ayah , adik adik tak baca apa yang ditulis ni tapi biarlah ia sekadar luahan hati dari seorang kakak yang kurang sempurnanya . Love my family :*




Sepanjang diploma aku alhamdulillah aku diperkenalkan dengan semua kawan kawan yang baik baik . Mereka orang yang pertama aku kenal pada mula mula semester . Mungkin first time kenal malu malu tapi bila dah lama kenal tau baik buruk memasing . Mereka banyak tinggalkan kenangan dari semester 1 sampai 5 . Kenangan mungkin takkan aku lupa even benda tu dah lama . Mereka sangat memahami walaupun kekadang ada gaduhnya jugak . Mungkin aku dah banyak buat salah selama ni , aku mintak maaf dari hujung rambut hungga hujung kaki . Aku tak sempurna di mana mana , mungkin selama ni aku banyak pentingkan diri , ego , angkuh segalanya . Aku mintak maaf , aku rindu kita yang dulu dimana kita empat selalu sangat lepak putrajaya sama sama , selalu duduk borak luahkan masalah masing masing , selalu buat benda yang jarang orang lain buat , selalu nagis bila sorang nangis . Wahhhh serioussss aku rindu masa tu sangat sangat . Tapi mungkin sekarang ni memasing dah busy dan sibuk dengan hal masing masing so benda tu jadilah kenangan yang sangat TERINDAH even benda tu sebentar . *menitis air mata bila type benda macam ni :( . 

Hope korang semua bahagia selepas ni , capai cita cita yang korang nak tu . Jangan mudah putus asa , Allah tak suka orang yang mudah putus asa ni . Muahhhhhh :* Love the old of you guy .

Sunday 17 March 2013

Penang again with them :)

Assalamualaikum :D

Post terbaru di bulan March ini . Takda benda pon nak post sebenarnya tapi tangan ni menggatal sebab dah lama tak menari - nari atas keyboard lappy ni . Hewhew . Btw baru ni baru melepaskan rindu dengan my bff setelah sekian lama tak jumpa . Even jauh macam mana pon kami still jumpa jugak kalau sama sama dah ada dekat bumi sawah padi ni :)


Taraaaaaaaa ! Sweet sweet kan time , macam macam ada :) 

Hari rabu baru ni keluar melepak lagi dekat Peneng nun seberang sana , duduk tak duduk call suruh siap siap nak datang ambik . Haaaa time tu memang kelam kabut cari semuanya . Okay lupakannnn ! See that picture , they so sweet couple like crazy lah . Even ada orang lain ganggu date mereka , mereka still like a sweet couple *mohon terharu . There Syarifah Jannah and his lover :) Hahaha . 

Satu gambar menyimpan seribu kenangan . Di lain hari , insya'llah kita berjumpa lagi . I will miss you my bff :)